Monday, December 13, 2010

Apabila hati terluka kerana CINTA...

Salam kepada semua pembaca. Terpanggil aku kali ni untuk berbicara mengenai cinta.  chewahh! Ayat puitis lak. hehe. Ada apa dengan cinta? Layak kah aku berbicara tentang cinta? hehe. Cinta ni besar maknanya. Bagi mereka yang sedang dilamun cinta, sure la korang rasa seronok, happy, dan kalau boleh nak 24/7 nak berkepit je dengan pasangan sendiri. Tapi bagaimana lak kalau cinta yang korang bina bertahun-tahun, last-last jadi debu, nothing! Aku tahu ada di luar sana dan mungkin pembaca yang tengah baca entri aku sekarang ni pernah putus cinta, dikecewakan atau berpisah. Banyak faktor atau sebab yang boleh menyebabkan benda ni terjadi tanpa diduga atau mungkin juga disengajakan? Apa yang korang buat jika korang putus atau dikecewakan oleh kekasih yang disayangi dan dicintai itu? ..
Mungkin ada di antara korang rasa macam takda life dah dan tiada semangat nak teruskan hidup. Come on la weh! Mungkin ada di luar sana rasa macam baik mati je la, dah tak dapat bersama jejaka/dara yang cintai tu. Bukalah minda, berpijak lah di dunia nyata! Kita mesti ingat, putus/berpisah/clash disebabkan cinta bukan penghujung bagi hidup kita! Bagi yang masih muda remaja, jauh lagi perjalanan hidup untuk kita nikmati dan tempuhi. Janganlah hanya disebabkan cinta, ianya memakan diri kita sampaikan kita merasa down, kecewa tahap gaban, sakit jiwa dan bermacam-macam lagi simptom yang entah banyak sangat.
Kadang-kadang aku terbaca paper, banyak cerita orang bunuh diri semuanya gara-gara cinta! Sedih aku tengok, kenapa mereka sanggup korbankan diri dan sia-siakan nyawa semata-mata kerana cinta? Berbaloi ke nyawa dibuang begitu je? Mungkin mereka ingat bila dah mati bunuh diri, tak payah dah fikir masalah-masalah yang berceramuk dalam kepala diorang yang banyak tension pasal ditinggalkan kekasih tersayang.  Sejak akhir-akhir ni pun, kalau korang baca paper (aku selalu layan Hmetro.hehe ), banyak betul news pelik-pelik dan ada yang terbaru, pelajar ingin bunuh diri semuanya sebab? Cinta…

2 comments:

  1. ha betul tu....pegang la segala2 kata ne.....
    selagi ada yg syg kn kite hargai lah dan jage la sebaik2 mungkin....terimalag seadanya dgn
    seikhlas hati....lupakn segala kisah
    silam yg tlah brlalu tetap menjadi sejarah
    jy akan datng akn mnjadi mase depan yg akn kita tempuhi walau sesukar mana sekali pun....
    insyaallah...sekian

    ReplyDelete
  2. ape ubat tuk mengubati hati yang terluka? bagaimana na melupakan insan yang pernah kita sayangi ?

    ReplyDelete